SMAAI
SPM
Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) merupakan kurikulum baru yang dibina secara bersama oleh KPM, Lembaga Penasihat Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam dan Jabatan serta Yayasan Agama berdasarkan kurikulum agama dan bahasa Arab. Kurikulum ini dikenali dengan nama rasminya sebagai Kurikulum Bersepadu Dini atau dengan panggilan mesranya Kurikulum Dini yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di Malaysia termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat.
Sekolah ini telah memilih subjek SPM KBD seperti berikut;
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sejarah
4. Matematik
5. Sains
6. Perniagaan
7. Usul al-Din
8. Al-Syariah
9. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu`asirah
10. Manahij Al-`Ulum Al-Islamiah
11. Al-Adab Wa Al-Balaghah