Merentas Desa 2010

You need to install or upgrade Flash Player to view this video, install or upgrade here:
Get Adobe Flash player

SMAAI buat julung kalinya telah menjayakan aktiviti Merentas Desa 2010. Aktiviti ini bermula di Padang Mini MPSP hingga ke Kg. Permatang Rawa.

Green Land

You need to install or upgrade Flash Player to view this video, install or upgrade here:
Get Adobe Flash player

Program khidmat masyarakat ini telah diadakan pada 3 April 2010 bertempat di Hutan Lipur Bukit Mertajam. Program ini telah dijayakan bersama oleh Kelab Bahasa Melayu, Kelab Bahasa Inggeris,  Kelab Komputer SMAAI dan Jabatan Alam Sekitar.

Sukan SMAAI 2010

You need to install or upgrade Flash Player to view this video, install or upgrade here:
Get Adobe Flash player

Sukan SMAAI 2010 kali ke-3 telah diadakan di padang SMK Permatang Rawa. Tahniah diucapkan kepada juara keseluruhan Rumah Merah dan naib juara Rumah Kuning.

Seribu Kenangan

You need to install or upgrade Flash Player to view this video, install or upgrade here:
Get Adobe Flash player

Seribu kenangan bersama pelajar-pelajar SMAAI dari tahun 2007 – 2009. Semoga pelajar semua berjaya di dunia dan di akhirat.

Mesyuarat PIBG 2010

You need to install or upgrade Flash Player to view this video, install or upgrade here:
Get Adobe Flash player

Mesyuarat PIBG 2010 telah diadakan pada tarikh 12 Mac 2010, bertempat di Dewan Serbaguna SMAAI. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan memilih AJK PIBG 2010. Ramai dikalangan ibu bapa yang hadir pada hari tersebut. Apa yang menarik mesyuarat kali ini ialah, respon positif dikalangan ibu bapa bagi memajukan SMAAI.

Majlis Maulidur Rasul 2010

You need to install or upgrade Flash Player to view this video, install or upgrade here:
Get Adobe Flash player

Majlis Maulidur Rasul 2010 telah diadakan pada 12 Mac 2010, bertempat di Dewan Serbaguna SMAAI. Aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah ceramah mengenai junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan Aidilfitri 2009

You need to install or upgrade Flash Player to view this video, install or upgrade here:
Get Adobe Flash player

Sambutan Aidilfitri 2009 telah diadakan pada 16 Oktober 2009 bertempat di perkarangan asrama putera Ahmadiah.

Pencipta & Penerbit: En. Khairul Rizal b. Basri (Penyelaras ICT)

Program Skor ‘A’ SPM 2009

Pencipta: En. Shahrizauddin b. Yaacob (PK-1)
Penerbit: En. Khairul Rizal b. Basri (Penyelaras ICT)

Pada 3 – 4 Oktober 2009, Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang bersama-sama Berita Harian dan PERDA telah menganjurkan Program Skor A SPM. Program ini  khusus untuk pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini.

Program ini dijalankan di Dewan Kuliah 7, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, P.Pinang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Matematik.

Lebih dari 20 buah sekitar Seberang Perai Tengah terlibat dalam program ini. Pelajar-pelajar SMAAI pula disertai oleh 20 orang pelajar.

Cikgu Azzly (Kaunselor) yang mengiringi pelajar ke program berdiri di hadapan bangunan Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan USM

Pelajar-pelajar SMAAI (berbaju hijau) kelihatan khusyu’ mendengar ceramah.

Ihya`ul Ramadhan 2009

Pencipta & Penerbit: En. Khairul Rizal b. Basri (Penyelaras ICT)

Ceramah Ramadhan dan Iftar Jamaie SMAAI 2009

iftar_bahri

Pada 10 Oktober 2009 (Khamis), pihak SMAAI telah menganjurkan program ceramah Ramadhan dan majils berbuka puasa antara pelajar-pelajar dan semua kakitangan SMAAI.

Penceramah jemputan ialah Ustaz Wan Zaharudin (Timbalan Imam Masjid Daerah PERDA, Seberang Perai Tengah)

Berikut ialah tentatif program:

5.30 petang : pelajar berkumpul di surau, guru membuat persiapan berbuka.

6.00 petang : Program ceramah bermula

7.00 petang : Majlis tahlil

7.23 malam : waktu iftar (berbuka puasa)

7.45 malam : Solat Maghrib berjemaah

8.00 malam : bersurai

cikgu_bahar

cendol_nogori

posa1

Pencipta & Penerbit: En. Shahrizauddin b. Yaacob (PK-1)

Advertisement

free counters