Utusan Pengetua
|
Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manu-sia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu. (Al-Ankabut : 43) |
||
Assalamu’alaikum….
Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kera-na dengan izin-Nya, kita telah dapat melaksabakan tu-gas dan amanah yang telah diberikan saban tahun dengan penuh ke-sabaran, kesungguhan iltizam dan keikhlasan semata-mata ke-rana Allah. Semoga segala usaha yang telah kita lakukan mengha-silkan natijah yang cemerlang dengan izin-Nya.
Pertama sekali saya amat berbesar hati dan bersyukur dengan guru-guru yang telah banyak berusaha menyiapkan laman web Sek. Men. Agama Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah atau ringkasnya SMAAI ini. Mudah-mudahan dengan tersedianya laman web ini, dapatlah pihak tuan/puan mengambil segala maklumat yang ber-kaitan dengan sekolah ini dengan lebih cepat dan tepat sepanjang masa. Besarlah harapan saya dengan kelahiran laman web ini dapatlah tuan/puan memanfaatkan kepada kita demi memartabatkan pendidikan agama agar seiring dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang membuka pintu kepada semua lapisan masyarakat untuk menguasai segala bidang ilmu termasuk ICT.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak tuan/puan melayari laman web sekolah kami ini dari masa ke semasa dan besarlah harapan kami kiranya tuan/puan menyokong dan memberi sebarang cadangan untuk sama-sama membangunkan sekolah ke tahap kecemerlangan pendidikannya yang membanggakan.
Sekian. Wassalam.
Hj Hamzah Bin Hj Jaafar