Profile Strategik

cg4

“Ilmu Adalah Cahaya”

barmove

12 FOKUS SABK

  • Kecemerlangan Aqidah

  • Kesempurnaan Kurikulum Agama & Akademik

  • Iklim Sekolah

  • Pentadbiran & Pengurusan

  • Pengiktirafan & Penghargaan

  • Perhubungan & Dokumentasi

  • Pengurusan Asrama

  • Bimbingan & Kaunseling

  • Kebajikan Kakitangan & Pelajar

  • Koperasi Pelajar

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkem-bangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi in-telek, rohani, emosi dan jasmani berda-sarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

WAWASAN DAN MISI PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Wawasan dan misi sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia adalah untuk menjadikan institusi gerak kerja pendidikan sebagai pusat pembangunan manusia cemerlang, sebagai sumber pe-mantapan nilai-nilai murni bangsa, sebagai arena penyuburan watak masyarakat penyayang dan sebagai kerangka penghayatan semangat cintakan negara.

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Membentuk dan memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya menajdi insan muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berkeperibadian mulian.
   
2. Membentuk dan melahirkan generasi pelajar muslim yang memahami ajaran-ajaran Islam yang sebenarnya meliputi kehidupan dunia dan akhirat berdasarkan al-Quran dan al-Sunah disertai dengan penghayatan dan amalan yang haikiki dalam kehidupan seharian.
   
3. Membentuk generasi pelaajr yang benar-benar seimbang dalam pemikiran, rohani, jasmani dan emosi. Angkatan pelajar yang berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional, aktif, positif dan matang dalam segala tindak-tanduk berpandukan ajaran Islam.
   
4. Membentuk pelajar yang mahir dan sentiasa mendalami ilmu al-Quran, menghafalnya serta mengamalkan ajaran-ajaran di dalamnya dengan penuh keyakinan.
   
5. Membentuk pelajar yang berperanan sebagai pendakwah yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah serta benci kepada kemungkaran disamping sanggup mengha-dapi cabaran-cabaran zaman dengan penuh hikmah dan bijaksana.
   
6. Membentuk pelajar yang mempunyai keperibadian yang unggul, beradab,berakhlak dan bersopan santun dalam pergaulan dan perhubungan sesama insan. Pelajar yang tahu menyayangi, menghormatidan mentaati ibu bapa, guru-guru dan golongan yang lebih tua dan bersimpati pada yang lebih muda.
   
7. Membentuk pelajar yang cemerlang pemikiran dan ilmunya, menitikberatkan segala aspek ilmu pengetahuan, mempunyai perasaan ukhuwah dan muhibbah sesama insan serta mampu menyumbang dan berjihad untuk agama Islam, masyarakat dan negara penuh dengan dedikasi.
   

8.

Melahirkan pelajar yang betul-betul prihatin terhadap persoalan masyarakat, negara dan umat. Juga akan melahirkan pelajar yang berjiwa besar dan mempunyai sikap berlapang dada, sanggup memberi pandangan dan bersedia pula menerima pandangan, tidak angkuh dengan pandangan dan pendapat sendiri malah sentiasa mencari kebenaran.

   

9.

Melahirkan puteri-puteri Islam berkeperibadian mula dan unggul serta mampu menjadi isteri-isteri yang solehah, ibu yang penyayang dan pendakwah yang gigih.

   

10.

Mengembangkan bahasa Al-Quran di kalangan pelajar dan mempertingkatkan pencapaiannya dalam pelajaran dan penguasaan dalam kehidupan harian.

Visi Sekolah

Melahirkan insan yang menghayati cara hidup berteraskan Islam, berilmu serta berakhlak mulia

Misi Sekolah

  • Penekanan cara hidup Islam di sekolah dengan cara yang berkesan
  • Memberi penekanan kepada pencapaian ilmu berteraskan Islam dan Akademik
  • Memberi penekanan kearah membentuk akhlak dan peribadi yang mulia.

Motto Sekolah

Ilmu Adalah Cahaya

 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan sokongan ilmu yang merangkumi segenap aspek pengurusan dan pentadbiran.

Advertisement

free counters