Archive for the ‘Aktiviti Pelajar’ Category
Hari Guru 2010
Hari guru berlangsung pada 4 Julai 2010. Aktiviti ini telah dijayakan dengan gemilangnya oleh pelajar putera dan puteri SMAAI.
Green Land
Program khidmat masyarakat ini telah diadakan pada 3 April 2010 bertempat di Hutan Lipur Bukit Mertajam. Program ini telah dijayakan bersama oleh Kelab Bahasa Melayu, Kelab Bahasa Inggeris, Kelab Komputer SMAAI dan Jabatan Alam Sekitar.
Program Skor ‘A’ SPM 2009
Pencipta: En. Shahrizauddin b. Yaacob (PK-1)
Penerbit: En. Khairul Rizal b. Basri (Penyelaras ICT)
Pada 3 – 4 Oktober 2009, Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang bersama-sama Berita Harian dan PERDA telah menganjurkan Program Skor A SPM. Program ini khusus untuk pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini.
Program ini dijalankan di Dewan Kuliah 7, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, P.Pinang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Matematik.
Lebih dari 20 buah sekitar Seberang Perai Tengah terlibat dalam program ini. Pelajar-pelajar SMAAI pula disertai oleh 20 orang pelajar.
Cikgu Azzly (Kaunselor) yang mengiringi pelajar ke program berdiri di hadapan bangunan Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan USM
Pelajar-pelajar SMAAI (berbaju hijau) kelihatan khusyu’ mendengar ceramah.
Ceramah Ramadhan dan Iftar Jamaie SMAAI 2009

Pada 10 Oktober 2009 (Khamis), pihak SMAAI telah menganjurkan program ceramah Ramadhan dan majils berbuka puasa antara pelajar-pelajar dan semua kakitangan SMAAI.
Penceramah jemputan ialah Ustaz Wan Zaharudin (Timbalan Imam Masjid Daerah PERDA, Seberang Perai Tengah)
Berikut ialah tentatif program:
5.30 petang : pelajar berkumpul di surau, guru membuat persiapan berbuka.
6.00 petang : Program ceramah bermula
7.00 petang : Majlis tahlil
7.23 malam : waktu iftar (berbuka puasa)
7.45 malam : Solat Maghrib berjemaah
8.00 malam : bersurai



Pencipta & Penerbit: En. Shahrizauddin b. Yaacob (PK-1)



