Archive for the ‘Ko-Kurikulum’ Category

Program Pengurusan Jenazah 2010

You need to install or upgrade Flash Player to view this video, install or upgrade here:
Get Adobe Flash player

Program Pengurusan Jenazah kali ke-dua ini telah berjaya diadakan di Musalla SMAAI pada 30 Jun 2010.

Ihya`ul Ramadhan 2009

Pencipta & Penerbit: En. Khairul Rizal b. Basri (Penyelaras ICT)

Ceramah Ramadhan dan Iftar Jamaie SMAAI 2009

iftar_bahri

Pada 10 Oktober 2009 (Khamis), pihak SMAAI telah menganjurkan program ceramah Ramadhan dan majils berbuka puasa antara pelajar-pelajar dan semua kakitangan SMAAI.

Penceramah jemputan ialah Ustaz Wan Zaharudin (Timbalan Imam Masjid Daerah PERDA, Seberang Perai Tengah)

Berikut ialah tentatif program:

5.30 petang : pelajar berkumpul di surau, guru membuat persiapan berbuka.

6.00 petang : Program ceramah bermula

7.00 petang : Majlis tahlil

7.23 malam : waktu iftar (berbuka puasa)

7.45 malam : Solat Maghrib berjemaah

8.00 malam : bersurai

cikgu_bahar

cendol_nogori

posa1

Pencipta & Penerbit: En. Shahrizauddin b. Yaacob (PK-1)

Kem Pendidikan Biodiversiti

Kem Pendidikan Biodiversiti
Anjuran Jabatan Perikanan Malaysia serta Intel Malaysia
Julai 31 – Ogos 2, 2009
Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang

Program ini dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan dibiayai oleh Intel Malaysia. SMAAI telah dihadiri seramai 41 pelajar dan 5 orang guru pengiring. Kebanyakan peserta kem terdiri daripada kalangan kakitangan Intel Malaysia, guru-guru dan pelajar di negeri Pulau Pinang.

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program.

-’Interpretive trail activity’ ke Pantai Keracut
- Taklimat Taman Negara Pulau Pinang
- Aktiviti mencari telur penyu
- Malam Suai Kenal (Ice breaking) /Nature Game
- Taklimat oleh Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Terengganu (TUMEC)
- Melawat Pusat Konservasi Penyu (Taklimat oleh Kakitangan Jab. Perikanan)
- Majlis Perasmian Kem Pendidikan Biodiversiti anjuran Intel Malaysia
- Program pelepasan anak serta ibu penyu bersama pemancar satelit.
- Persembahan Karya Alam secara berkumpulan
- Rondaan berkumpulan mencari penyu sepanjang pantai
- Aktiviti Bumi Hijau – Gotong Royong

Laporan disediakan oleh:
Khairul Rizal b. Basri
Penyelaras Unit Beruniform SMAAI 2009

Sukan Sekolah 2009 – Pertandingan Badminton

 

 badminton09a

Pada 3 Mac 2009 (Selasa), suatu pertandingan badminton antara rumah sukan telah dilangsungkan di Dewan Badminton, Jalan Megat Harun, 14000 Bukit Mertajam. Seramai 25 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan.

Read the rest of this entry »

Advertisement

free counters